Ramai sahabat minta saya tulis satu tajuk nikah usia muda melalui pengalaman saya untuk mereka berkongsi
pengalaman . Menikah muda, sepertinya saat ini merupakan satu trend di kalangan generasi muda. Ada yang karena pemahaman agama, dengan pertimbangan untuk lebih menjaga hati dan menjauhi zina. Selain itu juga untuk merasakan nikmatnya keluarga sakinah, mawaddah, warohmah.
Ada pula kerana terlanjur dalam hubungan seks pra nikah.
Nikah memang punya banyak makna. Ia bisa berarti menegakkan sunnah Rasul. Bisa juga sebagai pemenuhan tuntutan fitrah. Juga, sebagai penyambung keberlangsungan hidup umat manusia. Ada hal lain buat mereka yang nikah di usia muda. Nikah juga bermakna perjuangan
Hampir tak satu pun manusia yang betah membujang. Selalu saja ada hasrat untuk hidup berpasangan.
Diantara persoalan yang timbul dalam diri sebelum nikah dan begitu juga soalan yang masyarakat timbulkan kepada kita :
Masalahnya, bagaimana keindahan taman itu jika ikatannya terjalin di saat muda. Muda usia, muda pengalaman, muda pendidikan, dan muda penghasilan. Saat itulah terjadi pertarungan yang lumayan sengit: antara idealita dengan realita. Antara cita-cita tinggi dengan kenyataan hidup yang mesti diteruskan .
Pada mulanya seawal saya menjejak kaki ke alam pengajaian pondok , saya bertekat ingin berkahwian sekitaar usia 30-an . Tetapi apabila 7 tahun belajar pondok fitrah untuk memiliki teman hidup sangat kuat .
Saya bertekat untuk mencari pasangan hidup . Banyak ujian Allah dalam tempoh memilih calon. Akhirnya Allah mentakdirkan calon zaujah sebagai hadiah kepada saya . Alhamdulillah syukur tak terkata .Allah menghadiahkan rezeki yang mana saya idam-idamkan selama ini .
Hati saya hanya mahu teman hidup itu memahami hati , menemani dan menyokong perjuangan hidup dunia akhirat . Yakinlah saudara jangan risau , andai kita buat apa yang Allah perintah , tinggal yang Allah halang maka Allah akan beri sesuatu yang tidak kita sangka , seperti maksud dari terjemahan ayat 1000 dinar .
Andai saudara ingin calon terbaik maka amalkan dan pegang teguh dengan petua ini , saudara tidak perlu pening kepala untuk mencari , Allah akan hantar untuk saudara Insyallah ! . Allah akan atur perjalanan dengan mudah tanpa halangan! Yang penting hati mesti sentiasa mengharapkan bantuan Allah .
Pada mulanya saya sangat takut ada penentangan nikah muda dari ayah angkat saya (Tn Guru Hj Salleh)
tetapi Alhamdulillah apabila diceritakan kepada beliau maka beliau terima dengan tenang . Sebelum ini banyak kali beliau nasihatkan kepada saya " Kalau nak nikah biar umur 30-an "
Alhamdulillah tn guru dengar luahan hati dan rayuan saya maka beliau izinkan saya nikah . Munggkin beliau pertimbangkan keadaan semasa sekarang , lebih baik nikah muda asalkan hukum Allah terjaga .
Satu pengakuan jujur , sebelum nikah hati saya selalu rungsing /hati tidak tenang . Alhamdulillah setelah selesai akad hati menjadi tenag . Inilah hikmat nikah yang dianjurkan Syara . Hikmah dalam pernikahan itu sangat banyak . Saya fikirkan nikmat ini Allah bagi kepada kita apabila hukumnya kita jaga . Dulu sebelum nikah hati kita perbuatan kita terbatas , sangat mudah untuk mendapat dosa dari sebab percakapan , penglihatan dan lain-lain . Apabila dah nikah Alhamdulillah halal semuanya . Dari kerana itu hati kita tenag .
Kelebihan nikah muda
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan, antaranya ialah:
1.Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti
2.Elak mendekati zina
3.Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima
4.Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu
Selain itu apabila kita sudah nikah Insyallah Allah akan tambah kekuatan untuk kita teruskan perjuangan .
Perjuangan kita lebih terasa manis sebab Allah hantar teman hidup yang memahami jiwa kita untuk menyokong perjuangan kita .
Tidak dinafikan faktor ujian dan cabaran nikah muda sangat mencabar !
Tetapi sebagai seorang hamba Allah perlu terima hakikat ini .
Maka kita berusha dan disamping doa Insyallah tidak menjadi masalah .
Petua apabila kita diuji semasa nikah muda .
Semasa kita terkena ujian walau berat ujuian itu ingat dihati kita , kita mesti sabar kerana
1 . Ini merupakan ujian untuk ku muggkin Allah hendak hapus doasa ku atau naik darjat kita disisi Allah .
2. Walaupun berat diuji seperti masalah ekonomi , maka kita cari jalan usha cari rezeki , ingat ketika itu ini semunya ibadat . Andai kita ingat benda itu ibadat maka Insyallah segala usha kita menjaga
zaujah/isteri kita , kita tidak akan terasa beban .
Saudara yang dikasihi
Tulisan ini hanya atas dasar perkongsian sahaja .
Bukan saya minta saudara yang sebaya saya percepatkan proses perkahwinan .
Saya hanya menceritakan pengalaman ini untuk yang sangat-sangat memerlukannya , tetapi tidak yakin .
Dan saya ingin saudara yakin dengan janji Allah dan dapat pelihara hukum Allah .
Terutama sekali jangan sekali terlibat Zina .Zina merupakan doasa besar , janag sekali hampiri .
Monday, April 18, 2011
Friday, April 15, 2011
HADIS NABI BERKAITAN KELEBIHAN AHLUL BAIT
1. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)
2. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”
3. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat
4. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”
2. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”
3. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat
4. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”
5. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”
6. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.
6. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.
Thursday, April 14, 2011
(Gambar) Sup Kelawar yang Sedap.
Tapi walaupun hitam-hitam pun sedap juga dimakan dibuat Sup Kelawar...kesedapan sampai lincin tinggal tulang sekali...kalau nk rasa sup kelawar cuba lah masak sendiri...










Dosa racuni hati, perasaan
Semua cabaran kehidupan perlu dihadapi dengan sikap positif kerana perjuangan memupuk sifat terpuji akan melahirkan jiwa tenang. Dalam dunia moden ini, penyakit jiwa dikenali sebagai gangguan psikologi.
Ia memerlukan rawatan segera kerana kesannya amat buruk sekali kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Alangkah manisnya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan dan ketenteraman.Kegelisahan yang melanda diri seseorang menyebabkan mereka mengalami kebingungan. Ketika itu diri terasa tiada tempat lagi untuk mengadu.
Jiwa tak tenteram sebenarnya mempunyai sebab tersendiri. Antara sebab utamanya adalah melakukan dosa. Dosa adalah racun yang meracuni hati dan perasaan.
Maka kita mesti menjauhi segala kejahatan yang disebabkan daripada anggota badan. Tujuh anggota badan paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan, Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.
Mata hendaklah digunakan bagi melihat perkara yang baik dan indah, bukan yang haram atau yang lucah. Telinga mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar umpatan dan fitnah.
Perut mesti diisi dengan makanan yang halal. Sebab yang menjadikan diri tidak tenang juga berpunca daripada hati kotor. Bukan saja dengan dosa tapi juga akhlak tercela.
Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada anjing.” Dimaksudkan dengan malaikat ialah ketenangan yang dibawa. Rumah pula ialah hati manakala anjing adalah menggambarkan sifat dan akhlak tercela.
Jika kita mempunyai akhlak tercela, hati bertindak sebagai rumah itu pasti menjadi kotor dan ketenangan tidak akan datang menjenguk.
Malaikat rahmat tidak akan berada di tempat tinggal mereka tetapi syaitan yang akan ‘menetap’.
Sifat tercela membuatkan seseorang sering menjadi risau. Hasad dengki pula membuatkan mereka tidak suka melihat orang senang, bersifat takbur, ego serta sombong.
Itulah tekanan pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam a.s kerana bimbang Adam menandinginya. Begitu juga ujub dan riak kerana sifat demikian berpunca daripada perasaan mereka mahu dilihat sempurna sedangkan orang lain dipandang rendah.
Begitu juga sifat bakhil atau kedekut. Mereka tidak akan pernah tenang, hatinya akan terikat dengan harta, cinta harta tak salah tapi kedekut itu buat orang gundah.
Cintakan kemasyhuran dan popular langsung tiada perasaan rendah diri, hati akan gelisah. Sifat pemarah membuatkan orang menjadi pendendam. Hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.
Al-Quran memberi petunjuk kepada manusia bagaimana untuk merawat jiwa yang tidak tenteram. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu al-Quran yang menjadi penasihat (pengajaran) daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin (jiwa) yang ada di dalam dada kamu serta menjadi petunjuk (hidayah) untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus ayat 57).
Bahkan amalan membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran mampu mententeramkan jiwa. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak berkumpul sesuatu kaum di dalam sesebuah rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kepadanya Kitab Allah (al-Quran) dan membincangkannya bersama-sama, melainkan turun ke atas mereka ‘as-sakinah’ (ketenangan) dan diliputi mereka dengan rahmat dan dinaungi mereka oleh malaikat dan Allah menyebut amalan mereka itu di hadapan makhluk Allah yang ada di sisi-Nya.” (Riwayat Bukhari )
esOOk tusyEnn..
mamPoihh..gak la..nk wat cena Trpksa P jgak LArr//huhu
spa nk taTAw...
dh la P CC..pstU ade POlIS GemOK na taataw maiii...btEqaBOq la bDk maahad kiTe yg dOk kt CiTu..kCuali aq COZ aq Dok at TUPaH gy..haha..LAP kolah gy siTu ngn BDk KADET blah LOQSTUCK niey!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)