Bismillah

Monday, July 25, 2011

Tahlil Perdana untuk Guru-guru yang bertalian pengajian dengan Tn Guru Hj Salleh Musa (Sik KEDAH)


Hebahkan untuk semua terutamanya anak murid Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah .
Harap dapat hadir di Majlis Tahlil Perdana untuk guru-guru yang bertalian dengan pengajian dengan Tn Guru mulia kita Tn Guru Hj Salleh Sik Kedah .
27 Syaaban 1432 bersamaan 29/07/2011

Bermula jam 8 pagi hingga 10 .40 pagi .
Kuliah umum Hari Jumaat seperti biasa .
Pameran Ulama turut diadakan bagi memperingati jasa -jasa ulama yang berkait hubungan pengajian dengan Tuan Guru Hj Salleh seperti

SYEIKH ALI MALIKI
SYEIKH SYED ALAWI
SYEIKH SYED AMIN QUTBI
SYEIKH ISMAIL FATTANI (PAK DA EIL MAKKAH)
SYEIKH ABD QADIR MANDILI
SYEIKH WAN IBRAHIM (PAK CHU HIM GAJAH MATI)
dan seluruh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sunday, June 5, 2011

Jlan--jlAn..cri Psaiii!!!!

ade SAtu pix ney jew..tyMe gy bUKit BenDERA..HUx..
 Ice-KreM.mC..D..hehe.XD...M.A.S



uSha2..haiR aq..twuh!>!M..a.S

Thursday, May 5, 2011

unTuk pngetAHuan koRg pIx nieyh bkn pDAi dieyy..buT natural lARH!!!!!....
hak3..Poyo lbih3 gyla pix ni...ho222.....mmLuKAN sioT!!!!

Kelebihan kacAu Kopi ikut Arah lawan JAM

Kelebihan Kacau Kopi ikut Arah Lawan Jam




SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 thn) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 thn) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk kesekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radixdengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa'. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.

Tuesday, May 3, 2011

"Muslimah Power yang membuatkan Rasulullah S.A.W Pengsan!"


"Sebab itu, kita mau hormat dan jangan main-main dengan kaum muslimat ni tuan-tuan, sebab suara mereka didengari Allah dengan melepasi 7 petala langit. Hebat tak hebatnya suara muslimat ni tuan-tuan, sehingga dalam ayat pertama Surah al-Mujaadalah itu terdapat 4x disebut kalimah Allah. Firman Allah, "SesungguhnyaAllah telah mendengar rayuan wanita itu apabila dia mengadu pada engkau (wahai Muhammad saw), tentang perangai suaminya. Dia mengadu kepadaAllahAllah mendengar perbualan kamu berdua. Sesungguhnya Allah itu Maha mendengar lagi Maha melihat..."...Turunnya ayat ini ialah untuk memberi hukuman kepada kisah zihar. Lihatlah tentang hukum zihar dalam pengajian "Qanun Jinayah Syar`iyah"."
Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah binAshram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak laki-laki yang bernama Rabi`. Khaulah binti Tsa`labah mendapati suaminya Aus bin Shamit dalam masalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.”

Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya dengan suaminya. Keperluannya adalah untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.” Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang menimpa dirinya dan anaknya jika dia harus cerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”. Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Pada kedua matanya nampak meneteskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tiada akan rugi siapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.

Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah semacam Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun permintaan dan pengaduan tidak ditujukan melainkan untuk Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat kepada Rasulullah saw. Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah saw pengsan sebagaimana biasanya beliau pengsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sedar kembali, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang dirimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (artinya), “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan [halnya] kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,…sampai firman Allah: “dan bagi oranr-orang kafir ada siksaan yang pedih.”(Al-Mujadalah:1-4) Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan) Zhihar: Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang budak Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang budak yang boleh dia merdekakan. Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untukpuasa dua bulan berturut-turut Khaulah : Demi Allah dia adalah laki-laki yang tidak kuat melakukan puasa. Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya. Nabi : Aku bantu dengan separuhnya Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah. Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak saudaramu itu secara baik.”

Maka Khaulah pun melaksanakannya. Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a.s yang mengandungi banyak pelajaran di dalamnya dan banyak hal yang menjadikan seorang wanita yang mengangkat kepalanya tinggi-tinggi dengan bangga dan perasaan mulia dan besar perhatian Islam terhadapnya. Ummul mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang bertanya kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah…” (Al-Mujadalah: 1) Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab r.a saat berjalan untuk memberikan nasihatkepadanya. Beliau berkata, “Wahai Umar aku telah mengenalmu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.

Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khaththab tidak tahan mengatakan kepada Khaulah, “Engkau telah berbicara banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya. ” Dalam riwayat lain Umar bin Khathab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu solat maka aku akan mengerjakan solat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”
(SUMBER: buku Mengenal Shohabiah Nabi SAW., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly dan Musthafa Abu an-Nashar asy-Syalaby, h.242-246, penerbit AT-TIBYAN)

Monday, April 18, 2011

Kahwin Usia Muda dari pengalaman sahabat ana..dya menyakatakan saya..maksudnya sahabat ana

Ramai sahabat minta saya tulis satu tajuk nikah usia muda melalui pengalaman saya untuk mereka berkongsi 
pengalaman . Menikah muda, sepertinya saat ini  merupakan satu trend di kalangan generasi muda. Ada yang karena pemahaman agama, dengan pertimbangan untuk lebih menjaga hati dan menjauhi zina. Selain itu juga untuk merasakan nikmatnya keluarga sakinah, mawaddah, warohmah.
Ada pula kerana terlanjur dalam hubungan seks pra nikah.



Nikah memang punya banyak makna. Ia bisa berarti menegakkan sunnah Rasul. Bisa juga sebagai pemenuhan tuntutan fitrah. Juga, sebagai penyambung keberlangsungan hidup umat manusia. Ada hal lain buat mereka yang nikah di usia muda. Nikah juga bermakna perjuangan
Hampir tak satu pun manusia yang betah membujang. Selalu saja ada hasrat untuk hidup berpasangan.

Diantara persoalan yang timbul dalam diri sebelum nikah dan begitu juga soalan yang masyarakat timbulkan kepada kita : 
Masalahnya, bagaimana keindahan taman itu jika ikatannya terjalin di saat muda. Muda usia, muda pengalaman, muda pendidikan, dan muda penghasilan. Saat itulah terjadi pertarungan yang lumayan sengit: antara idealita dengan realita. Antara cita-cita tinggi dengan kenyataan hidup yang mesti diteruskan . 

Pada mulanya seawal saya menjejak kaki ke alam pengajaian pondok , saya bertekat ingin berkahwian sekitaar usia 30-an . Tetapi apabila 7 tahun belajar pondok fitrah untuk memiliki teman hidup sangat kuat . 
Saya bertekat untuk mencari pasangan hidup . Banyak ujian Allah dalam tempoh memilih calon. Akhirnya Allah mentakdirkan calon zaujah sebagai hadiah kepada saya . Alhamdulillah syukur tak terkata .Allah menghadiahkan rezeki yang mana saya idam-idamkan selama ini . 


Hati saya hanya mahu teman hidup itu memahami hati , menemani dan menyokong perjuangan hidup dunia akhirat . Yakinlah saudara jangan risau , andai kita buat apa yang Allah perintah , tinggal yang Allah halang maka Allah akan beri sesuatu yang tidak kita sangka , seperti maksud dari terjemahan ayat 1000 dinar . 
Andai saudara ingin calon terbaik maka amalkan dan pegang teguh dengan petua ini , saudara tidak perlu pening kepala untuk mencari , Allah akan hantar untuk saudara Insyallah ! . Allah akan atur perjalanan dengan mudah tanpa halangan! Yang penting hati mesti sentiasa mengharapkan bantuan Allah . 

Pada mulanya saya sangat takut ada penentangan nikah muda dari ayah angkat saya (Tn Guru Hj Salleh) 
tetapi Alhamdulillah apabila diceritakan kepada beliau maka beliau terima dengan tenang . Sebelum ini banyak kali beliau nasihatkan kepada saya " Kalau nak nikah biar umur 30-an " 
Alhamdulillah tn guru dengar luahan hati dan rayuan saya maka beliau izinkan saya nikah . Munggkin beliau pertimbangkan keadaan semasa sekarang , lebih baik nikah muda asalkan hukum Allah terjaga . 

Satu pengakuan jujur , sebelum nikah hati saya selalu rungsing /hati tidak tenang . Alhamdulillah setelah selesai akad hati menjadi tenag . Inilah hikmat nikah yang dianjurkan Syara . Hikmah dalam pernikahan itu sangat banyak . Saya fikirkan nikmat ini Allah bagi kepada kita apabila hukumnya kita jaga . Dulu sebelum nikah hati kita perbuatan kita terbatas , sangat mudah untuk mendapat dosa dari sebab percakapan , penglihatan dan lain-lain . Apabila dah nikah Alhamdulillah halal semuanya . Dari kerana itu hati kita tenag .
Kelebihan nikah muda 
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan, antaranya ialah:
1.Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti
2.Elak mendekati zina 
3.Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima 
4.Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu

Selain itu apabila kita sudah nikah Insyallah Allah akan tambah kekuatan untuk kita teruskan perjuangan . 
Perjuangan kita lebih terasa manis sebab Allah hantar teman hidup yang memahami jiwa kita untuk menyokong perjuangan kita . 

Tidak dinafikan faktor ujian dan cabaran nikah muda sangat mencabar ! 
Tetapi sebagai seorang hamba Allah perlu terima hakikat ini . 
Maka kita berusha dan disamping doa Insyallah tidak menjadi masalah . 

Petua apabila kita diuji semasa nikah muda . 
Semasa kita terkena ujian walau berat ujuian itu ingat dihati kita , kita mesti sabar kerana 
1 . Ini merupakan ujian untuk ku muggkin Allah hendak hapus doasa ku atau naik darjat kita disisi Allah . 
2.  Walaupun berat diuji seperti masalah ekonomi , maka kita cari jalan usha cari rezeki , ingat ketika itu   ini semunya ibadat . Andai kita ingat benda itu ibadat maka Insyallah segala usha kita menjaga    
    zaujah/isteri kita , kita tidak akan terasa beban . 

Saudara yang dikasihi 
Tulisan ini hanya atas dasar perkongsian sahaja . 
Bukan saya minta saudara yang sebaya saya percepatkan proses perkahwinan . 
Saya hanya menceritakan pengalaman ini untuk yang sangat-sangat memerlukannya , tetapi tidak yakin . 
Dan saya ingin saudara yakin dengan janji Allah dan dapat pelihara hukum Allah . 
Terutama sekali jangan sekali terlibat Zina .Zina merupakan doasa besar , janag sekali hampiri .

Friday, April 15, 2011

HADIS NABI BERKAITAN KELEBIHAN AHLUL BAIT


1. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

2. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

3. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

4. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”
5. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

6. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.